<< jOm foLLoW Ana >>

Tuesday, December 7, 2010

Mcam mane nih Terasa lah jgak di hAtiku ini....

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Pada malam 2 Muharam tahun baru ini 1432 hijrah... Ana ada pergi sembahyang berjemaah di surau yang berdekatan dengan rumah ana iaitu Surau Ar-Rahman.. Kebetulan pula ade majlis ilmu disitu , jadi ana pun duduk lah mendengar majlis ilmu yang disampaikan oleh seorang ustad ni, nama dia orang panggil Ustad Lah, Landak, Baling...
Ustad tu ade menyentuh beberapa perkara sempena tahun baru hijrah ni. Semasa ana baru duduk dengar, ustad ni menyentuh bab tasawwuh sedikitlah.... Jadi dia membicarakan tentang hati yang rosak/mati yang dipetik dari Ulama' iaitu Hasan al-Basri Rahmatullahu’alaih… Katanya ada 6 punca hati menjadi rosak/mati......Sungguh terasa di hati ingin ana berkongsi ilmu ana peroleh ini kepada semua orang yang dahagakan imu Allah. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda "Sampaikan daripadaku walau satu ayat." Jadi kamu semua bacalah baik-baik dan berazamlah untuk beramal dengan ilmu ini.....
Diantara punca hati yang rosak Menurut Hasan al-Basri Rahmatullahu’alaih…Ada 6 punca hati menjadi rosak/mati ;

#1-Yang pertama ialah sengaja berbuat dosa karena ingat masih ada harapan untuk bertaubat.

Ustad tu menghuraikannya dengan dicontohkan dengan seorang manusia yang selalu  menganggap Allah  itu sifatNya Ar Rahman yang maha pemurah , Ar Rahim yang maha penyayang dan At Tawwab yang maha penerima taubat......masalahnya bilakah dia mahu bertaubat pada Allah....bagaimana dia begitu pasti bahawa masih ada harapan untuknya bertaubat pada lain-lain masa (esok hari). Oleh itu itulah penyebabnya hati kita menjadi rosak atau mati. Sikap ingin bertangguh itu adalah hasutan syaitan laknatullah. Maka boleh difikirkan sendiri bahawa tidak boleh sengaja melakukan  dosa dengan menganggap masih ada harapan untuknya bertaubat kepada Allah S.W.T

Ustad tu hurai dengan lebih panjang dan ana hanya menulis apa yang masih ingat di fikiran ana sahaja.Oleh itu ana memohon maaf jika diatas huraian ana tidak tepati apa yang betul. Ana harap semua orang dapat paham apa yang ana mahu sampaikan......

0 comments:

Post a Comment

Kepada semua pengunjung blog ana, anda boleh tinggalkan link anda dibawah ini supaya ana mudah untuk menjejak kembali ke blog anda...

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...