<< jOm foLLoW Ana >>

Sunday, June 26, 2011

::tArbiyah buat DIRI::

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Sesungguhnya tarbiah diri yang paling dekat pada kita adalah DIRI kita yang sebenarnya. Itulah yang paling mujarab dan diantara pembelajaran yang terbaik yang telah dilakukan dan diajar oleh para rasul dan nabi.

Wahai diriku, tidak ada jalan dan ikhtiar kecuali kepada ALLAH. Perkukuh solat lima waktu dengan segala rawatibnya. luangkan lapangkan masa untuk membaca al-quran dan berselawat. Kurangkan makan dan kurangkan perkataan. Bercakap hanya yang baik atau diam. Uzlahkan diri ini jika terasa mata dan telinga terlalu liar dikawal. Tersenyumlah dengan penghinaan. Redhalah dengan kesepian...Jangan takut kepada kelicikan, tipu daya dan deskriminasi manusia. Segala itu tidak merugikan kita. "When ALLAH is your friend, Who is your enemy?" Tidak mengapa jika kau dipinggirkan, malah dilupakan kerana selamanya orang lain tidak akan tahu, betapa bahagianya dirimu apabila dirimu memiliki hati 'emas' itu. Mengapa?? Kerana bahagia itu terletak pada hati!!! 
Jangan tanyakan dirimu apakah aku telah bahagia,kerana orang bahagia tidak akan sempat bertanya apakah dia telah bahagia. Yang lemah akan mendapat kekuatan apabila hatinya bertawakkal kepada ALLAH..Yang miskin akan kaya apabila ada qanaah di dalam jiwa. Pabila sakit, sabar memberi kesihatan di sanubari yang lebih bermakna...Itulah rahsia yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata tetepi hanya dapat dirasa...

1 comments:

ana sokong!! ujian yg Allah bg pd kita juga adalah tarbiyah.. moga2 Allah tidak bolak-balikkan hati kita drpd terus mengingatinya. syukran ya akh

Post a Comment

Kepada semua pengunjung blog ana, anda boleh tinggalkan link anda dibawah ini supaya ana mudah untuk menjejak kembali ke blog anda...

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...