<< jOm foLLoW Ana >>

Wednesday, December 14, 2011

Kalaulah Kekasih-Mu, Masih Berada Bersama-sama Kami,

                                                            Assalamualaikum wbt.
                                                             بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Law Kaana Bainana...
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami...
Pabila mendengar lagu ini, jika tidak pernah mengenali Nabi atau mengenal Nabi hanya pada nama ataupun taklid yakni mengikut orang dengan tiada berpendirian,  pasti tiada merasakan apa-apa meskipun berkali-kali manusia bercerita mahupun membacakan hadis tentang Nabi lagi pula berqasidah memuji-muji Nabi dengan berlagu...lain pula jika punyai cita-cita mahu berjumpa dengan Nabi, apabila disebut Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami...pasti hati bergetar lalu menitiskan air mata terkenangkan adakah aku layak mendapat syafaat mu di akhirat kelak Ya Habibi Ya Muhammad....
Oleh itu, cuba dengar dan hayati yakni dengan membaca maksud dalam lirik ini...moga-moga hati kita dapat merasakan mengasihi Nabi kita...insyaAllah..





Ya Rabbi qad ghafinna wa kulluna tama’un
Fi af’win
Wa fi karamin
Wa fi a’taqin
Wa jannatin ma’a Sayyidill basher
Nad’uu
Nad’uuka rabbi minal a’maqi

Law kana bainana al-Habeeb
La dana alqassi wal qareeb
Men taibateen qabl al mageeb
Taleeban qurbal habeeb
 
Fi qurbeehi anafsu tateeb
Wa tad'u allaha fa yogeeb
Anwaar taha la tagheeb
Baleeghna leeqahu ya mugeeb
Hudaakal kaunul rahib
Rahmatal hadil qarib
Hadithuka-nahrul-a’zib
Jiwarukal ghusnul ratib

Fadatka roohi ya habeeb
Mohamadun mukreemal ghareeb
Be qurbeeka arroho tateeb
Ya Rahmatan lilalameen
Ya Habibi Ya Muhammad
Ya tobibi ya mumajjad
Anta zul fadhlil muayyad
Jalla man solla alaik

 Terjemah dalam Bahasa Malaysia 

Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

0 comments:

Post a Comment

Kepada semua pengunjung blog ana, anda boleh tinggalkan link anda dibawah ini supaya ana mudah untuk menjejak kembali ke blog anda...

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...