<< jOm foLLoW Ana >>

Wednesday, December 15, 2010

AWAS! SYIRIK KETIKA MENYANYIKAN LAGU!


Dunia kita penuh dengan hiburan yang bersepah merata-merata. Hiburan itu tidak salah, cuma kita yang menyalahgunakannya. Radio kita semakin rancak memutarkan irama lagu yang menjadi halwa telinga. Ada yang berkonsepkan batu (rock), pop tak bijak (pop balada), Remaja & Barat (R&B), nasyid dan lain-lain.

Oops! Jaga-jaga… Ya akhi, ya ukhti, cuba kita teliti dan hayati lagu-lagu ni:

1. Allah Peduli – Agnes Monica
“ku bergumul sendiri, sebab Allah Yesus ku”
• La Ilaha Illa Allah, Allah Jesus ku? Allah itu Nabi Isa? Inilah konsep trinity bawaan mubaligh Kristian. Kalau kita turut nyanyi, maknanya kita mengiyakan mereka. Syirik…

2. Maha Karya Cinta – Faizal Tahir
“kau bagaikan udara, yang membantu aku untuk terus hidup di atas dunia, tanpamu ku lemah, pasti aku tak berdaya, kerna kau maha karya cinta”
• Masya-Allah, yang ni pun pelik jugak. Rupa-rupanya, kekasih dia ni oksigen. Kalau tak ada, tak boleh hidup. Syirik…

3. Tanpa – 6ixth Sense
“tanpa cintamu aku resah, tanpa kasihmu aku hampa, tanpa dirimu aku mati”
• Subhanallah, hebat sungguh penyanyi ni. Kalau teman wanita dia tak ada, boleh mati! Syirik…

4. Rela Ku Pujuk – Spider
“tiada lafaz yang lebih agung, kalimah cintamu”
• Astaghfirullah, kalimah cinta ‘si dia’ lebih agung daripada lafaz-lafaz yang lain. Inilah yang dinamakan sebagai Syirik Jali, iaitu syirik yang nyata dan jelas. Sepatutnya, “tiada lafaz yang lebih agung, kalimah syahadah”…

5. Dealova – Once
“kau seperti udara yang ku hela”
• Inna Lillah, sama macam lagu Tanpa. So, kalau ‘kau’ tak wujud, maka ‘ku’ akan mati. Dahsyat sungguh dia ni. Syirik…

Banyak lagi lagu-lagu lain yang jelas menunjukkan perbuatan syirik. Hakikat nan hakiki inilah yang terpaksa kita hadapi kerana cinta monyet terlalu diagungkan hinggakan soal syirik tidak diendahkan. Telah jelas dinyatakan di dalam at-Tanzil :

“ Janganlah kamu mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”
(Surah Luqman ; ayat 13)


Jauhi syirik. Wallahu ‘alam…

0 comments:

Post a Comment

Kepada semua pengunjung blog ana, anda boleh tinggalkan link anda dibawah ini supaya ana mudah untuk menjejak kembali ke blog anda...

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...