<< jOm foLLoW Ana >>

Monday, December 20, 2010

.::Fanatik_Mazhab::. (Kesan Kepada Pemikiran Umat)

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Alhamdulillah kali ini ana nak kongsi satu perkara yang selalu menjadi masalah kalau nak beramal sesuatu benda...iaitu ikut Mazhab ka atau fanatik akan sesuatu mazhab.... Tapi harus diingati bahawa apabila kita terlalu fanatik akan sesuatu mazhab banyak kesan buruk yang akan terjadi.......contohnya:
1) Akan menyebabkan Al-quran dan As-Sunnah dipinggirkan
2)Akan menyempitkan ruang hukum dan ijthad
3)Akan enggan mendengar pendapat lain dan bersikap keras
4)Akan berfikiran singkat dan hilang sikap kritis

Haaaa...banyakkan  yang akan terjadi apabila kita menjadi fanatik akan sesebuah mazhab ......kalau boleh kita boleh elakkan daripada menjadi seorang yang fanatik.......dan menjadi orang yang open minded ok....
Lagi satu...... jika sesuatu hukum itu tidak akan terikat dengan satu mazhab sahaja......Sikap bebas dari ketaksuban trhadap sesuatu mazhab adalah tuntutan syarak. Taksub hanya membelengu pemikiran dan menghapuskan kebebasan minda dan nilai-nilai kreatif dalam merumuskan sesuatu pendapat.....Lebih dasyat lagi taksub boleh menyebabkan  seseorang menolak kebenaran....Justeru itu pembebasan diri dari taksub mazhab adalah tuntutan hidup ke atas seorang muslim sepanjang zaman.....

Kita yakin tidak seorang pun daripada para imam dan ulama yang haq sejak zaman-berzaman pernah meninggalkan pesan kepada kita dengan mengatakan "Ikutilah setiap daripada pendapat kami". Akan tetapi setiap mereka pasti berpesan untuk sentiasa berpegang teguh kepada Al-Qur-an dan As-Sunnah as-shahihah dan tidak taqlid atau fanatik kepada mereka. Lihatlah sebahagian daripada ucapan mereka berkenaan hal ini:

Imam As-Syafi'ie pernah berpesan: "Bila ada hadits shahih, maka itulah mazhabku"

Imam Ahmad juga pernah berkata: "Janganlah bertaklid kepadaku atau kepada Malik, Asy-Syafi'ie, Al-Auza'i dan Ats-Tsauri. Tetapi ambillah daripada mana mereka mengambilnya."

Begitu juga Imam Malik pernah berpesan: "Aku hanyalah seorang manusia yang terkadang salah dan terkadang benar. Oleh kerana itu, telitilah pendapatku itu. Semua pendapatku yang sesuai dengan Al-Qur-an dan As-Sunnah, ambillah dan semua pendapatku yang bertentangan dengan Al-Qur-an dan As-Sunnah, tinggalkanlah."

Imam Abu Hanifah pula pernah berkata: "Apabila aku mengemukakan pendapat yang bertentangan dengan Al-Qur-an dan hadits Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, maka tinggalkanlah pendapatku itu!

[Rujuk Muqaddimah Sifat Solat Nabi oleh Syaikh Muhammad bin Nasiruddin Al-Albani rahimahullah]

Lihatlah pesanan-pesanan para imam kita!!! Walau dengan lafaz yang berbeza tetapi dapat disimpulkan bahawa pesanan mereka tidak lain adalah agar kita berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah serta tidak semata-mata mengikuti pendapat mereka tanpa ilmu apatah lagi mengikuti pendapat mereka yang ternyata menyelisihi Al-Quran dan As-Sunnah.

Apakah kita yang mengaku mengikuti mereka telah mengamalkan pesanan atau wasiat mereka ini?

Apakah kita yang mengaku bermazhab Asy-Syafi'ie sentiasa mengingati pesanan beliau rahimahullah iaitu "Bila ada hadits shahih, maka itulah mazhabku". Atau pesanan beliau yang lain: "Setiap perkataanku bila bertentangan dengan riwayat yang shahih dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, maka hadits Nabi lebih utama untuk diikuti, dan kalian jangan bertaklid kepadaku."

Lalu layaklah kita dikatakan mengikuti Imam Asy-Syafi'ie jika tetap mempertahankan pendapat beliau yang jelas menyelisihi Sunnah sedangkan beliau sendiri pernah mengatakan: "Setiap hadits yang datang daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam maka itulah pendapatku, sekalipun kamu belum pernah mendengarnya langsung dariku."

Sesungguhnya meninggalkan sebahagian pendapat para imam yang bertentangan dengan As-Sunnah tidaklah dikatakan menyalahi mazhab apatah lagi untuk mengatakan menentang mereka akan tetapi itulah sebenarnya yang disebut mengikuti mereka. Akan tetapi bagi mereka yang meninggalkan hadits yang shahih hanya kerana menyelisihi pendapat imam mazhab maka merekalah yang telah menderhakai pesanan para imam malah sebenarnya telah menyalahi perintah Allah 'Azza wa Jalla. Allah berfirman:

Maksudnya: "Maka demi Rabmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya." [An-Nisa': 65]

"Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih." [An-Nur: 63]

Bagaimana Sikap Kita Terhadap Para Imam

Sikap sebenar kita terhadap para imam mazhab termasuk juga para imam yang lain adalah mencintai mereka, menghormati mereka, memuliakan, dan memberikan pujian kepada mereka kerana kedalaman ilmu dan ketakwaan mereka, keteguhan mereka dalam mengamalkan Al-Qur-an dan As-Sunnah serta mendahulukan keduanya daripada pendapat mereka.

Kita seharusnya mengetahui bahawa tidak seorang pun daripada mereka sengaja untuk menyelisihi Sunnah Rasulullah, baik dalam masalah kecil mahupun besar. Bagaimana mungkin bagi mereka untuk sengaja menyelisihi Rasulullah sedangkan mereka telah bersepakat mengenai wajibnya berpegang teguh kepada Al-Qur-an dan As-Sunnah dan bahawa setiap orang boleh diambil pendapatnya dan boleh juga ditolak melainkan Rasulullah.

Banyak sebab yang menjadi kemungkinan bertentangannya pendapat mereka dengan As-Sunnah. Boleh jadi ada suatu hadits yang tidak sampai kepada mereka kerana tidak seorang pun daripada mereka pada waktu itu menguasai seluruh hadits Rasulullah. Berkemungkinan juga hadits tesebut sampai kepada mereka akan tetapi mereka menganggap ianya tidak shahih. Dan banyak lagi sebab-sebab lainnya.

Ketahuilah bahawa dasar dalam agama adalah ittiba' yakni mengikuti Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan ianya merupakan kewajiban kita semua. Oleh yang demikian seandainya telah jelas hadits atau sunnah yang shahih di hadapan mata kita maka peganglah walaupun bertentangan dengan apa yang kita amalkan selama ini--yang juga sering kita sandarkan kepada Imam mazhab--. Dalam satu pesanan yang lain Imam Asy-Syafi'ie pernah berkata: "Seluruh kaum muslimin bersepakat bahawa orang yang secara jelas telah mengetahui hadits dari Rasulullah, maka tidak halal baginya meninggalkan sunnah tersebut semata-mata untuk mengikuti pendapat seseorang."
Oleh itu merupakan suatu sikap yang tidak wajar malah jauh daripada kebenaran jika semata-mata mengikuti pendapat para imam tanpa ilmu apatah lagi sikap fanatik terhadap mereka. Sikap sebegini merupakan suatu sikap tercela yang mendatangkan banyak keburukan.

Sikap sebeginilah yang ingin kita kikis di jiwa masyarakat kita yang tidak dinafikan juga melanda mereka yang digelar ustaz atau tokoh-tokoh agama. Semoga Allah memberikan kita semua petunjuk untuk mengikuti kebenaran..

0 comments:

Post a Comment

Kepada semua pengunjung blog ana, anda boleh tinggalkan link anda dibawah ini supaya ana mudah untuk menjejak kembali ke blog anda...

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...