<< jOm foLLoW Ana >>

Thursday, December 9, 2010

Buat Renungan Bersama...

Mu'adz bin Jabbal menasihati muridnya dengan berkata:

Maksudnya:
"Aku peringatkan kalian daripada penyimpangan orang berilmu kerana syaitan kadangkala mengucapkan kata-kata sesat melalui lisan orang berilmu dan kadangkala orang munafik mengucapkan kata-kata yang benar.Dia (iaitu perawi)berkata: "Aku katakan kepada Mu'adz: 'Boleh aku tahu-semoga ALLAH merahmatimu- bahawa orang berilmu kadangkala mengucapkan kata-kata sesat dan orang kadangkala mengucapkan kata-kata benar?"" Beliau menjawab: "Bahkan boleh. Jauhilah oleh kamu ucapan orang berilmu yang tersamar dengan kebatilan yang dikatakan orang ( dalam mengingkarinya ) 'apa ini?' Dan janganlah ucapan orang berilmu itu mengeluarkan kamu dari jalan yang lurus dan menjauhkan kamu daripadanya hanya kerana dia( orang berilmu ) bertaubat daripada ucapannya. Terimalah kebenaran itu apabila engkau mendengarkannya ( walaupun daripad orang munafik ), kerana atas kebenaran itu ada cahaya."- Hadis riwayat Abu Daud. Syeikh Muhammad Nashiruddin al- Albani menyata kan tentang hadis ini: "Sahih, sanadnya mauquf( yakni terhenti pada ucapan Mu'adz )." Lihat shahih Sunan Abu Daud,jld 3.ms872-hadis no. 3885.

0 comments:

Post a Comment

Kepada semua pengunjung blog ana, anda boleh tinggalkan link anda dibawah ini supaya ana mudah untuk menjejak kembali ke blog anda...

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...