<< jOm foLLoW Ana >>

Thursday, December 9, 2010

Perlunya Kita Mengambil Pelajaran drpd KEMATIAN!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang......kali ini aNa sambung pembicaraan Ustad yang aNa pergi dengaq kuliahnya pada awal Muharram yang lalu...iaitu perkara yang membuatkan hati dalm kegelapan dan perkara yang kelima dan keenam yang menjadi punca atau penyebab hati kita rosak @ mati daripada Hasan Al Basri r.a ..iaitu;

#5. Tidak pernah puas dengan pemberian Allah.
#6. Mengebumikan Jenazah tetapi tidak pernah mengambil pelajaran dari     peristiwa itu.

Banyak berpunca hati rosak kerana tidak redha dengan pemberian Allah. Tidak puas hati dengan bahagian yang Allah tetapkan kepada dirinya. Setiap ketetapan diri itu terjadi sesuatu itu dengan kehendak Allah. Namun bila tidak boleh menerima ketentuan tersebut maka itu yang timbul rasa tak puas hati dan macam-macam lagi. Rasa tak cukup dan dengki bahkan timbul sifat tamak dan haloba.Perkara sebegini harus diberikan perhatian takut2 nanti kufur dengan ni'mat Allah S.W.T kepada kita.....

Bila menanam orang mati tidak mereka mengambil iktibar. Orang mati seorang demi seorang didengari, tetapi dia begitu juga masih tidak ada kesedaran, masih mengekalkan hati kotornya. Ringan-ringankan jugak perbuatan buruknya. Dengar kematian, pergi ziarah, balik balik tak berubah.Masih mahu berkata bahawa "orang lain yang mati bukan aku.."Sedangkan kematian adalah sesuatu perkara yang tidak diketahui Ini semua merosakkan hati.

Beberapa perkara yang membuatkan hati jadi gelap merujuk kepada Ibnu Masud berkata:

"Empat perkara yang menyebabkan kegelapn hati dan empat perkara lawannya yang membuat hati bersinar.
1- Perut yang sentiasa dalam kekenyangan (tidak memperdulikan batas), maka lawannya adalah perut yang lapar (atau mengawal kehendak nafsu)
2- Berkawan dengan orang-orang jahat, maka lawannya adalah berteman dengan orang-orang soleh (duduk dalam suasana iman seperti dimasjid-masjid)
3- Melupakan dosa-sosa yang lalu, maka lawannya adalah tetap mengingatkan dosa-dosa yang lalu (sentiasa bertaubat dan beristifar)
4- Panjang angan-angan, maka lawannya adalah pendek angan-angan (mengingatkan bahawa maut yang pasti hadir bila-bila sahaja)

Makan hingga kenyang perut tanpa peduli. Bila perut selalu kenyang hati akan keras, sebab itulah pada bulan ramadhan hati jadi lembut. Bila makan tak kira, otak asyik ingat periuk nasi, kalau pergi kedai pun macam-macam periuk nasi kita Nampak. National, Panasonic, pensonic dan sebagainya. Tapi sebab kekotoran hati, Hati tertanya lagi jenama periuk yang lain…

Salah satu usaha untuk membersihkan hati dari sifat-sifat keji, melaksanakan solat sunat Dhuha dan dan puasa tiga hari dalam sebulan. Hal ini telah dijelaskan dalam banyak hadis Rasulullah SAW. Nabi pernah berwasiat kepada sahabat terdekatnya iaitu Abu Dzar al-Ghifari supaya melaksanakan solat Duha, solat Witir dan puasa tiga hari dalam setiap tengah bulan.

Sepekara lagi yang menyebabkan hati jadi gelap ialah berkawan dengan orang zalim. Bila berkawan dengan orang zalim maka kita membela orang zalim. Sebab dia kawan kita, berbudi dengan kita, maka kezalimannya dan kesalahannya kita lelap mata. Buat tak tahu sahaja. Itu yang membuat hati jadi gelap.



وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ

Surah Hud ayat (١١٣)

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.

Makna disini tidak sensetif dengan dosa. Orang yang sensetif dengan dosa dia ingat mana perkara dosa atau tidak. cepat menyedari itu perbuatan salah. Sentiasa dia mengingat dosa-dosa yang lepas. Dia berubah dan takut berbuat dosa baru. Orang yang lupa dan ambil mudah dosa lama tidak mustahil boleh buat dosa baru.

Hati yang gelap dan rosak banyak perancangan dunia berbanding akhirat di hatinya. Bila dah ada rumah sebuah rasa ingin menambah lagi. Bila sudah banyak perancangan dan sikap suka dapat cepat satu-satu perkara itu yang sanggup berbuat apa sahaja. Bukanlah salah tetapi bila terlalu banyak perancangan dalam kepala, jika mampu tidak mengapa, tetapi silapnya biar papa asal bergaya. Dalam menampung kehendak yang tidak terkira itu, banyak perkara-perkara wajib terlepas. Hati disibukkan hingga melalaikan kita menghampir diri dan mengingati jalan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.

Manakan kerja yang banyak nak buat. Ibadah payah pulak. Jadi tidak perlulah kita menanggung hutang banyak-banyak. Apa yang ada cukuplah. Asal dapat berteduh dari panas hujan, cukuplah. Kalau hutang riba lebih baik tidak. Tak salah menyewa sahaja kalau itu yang kita mampu. Berhutang selagi tidak habis, bank yang punya. Mana yang kata rumah kita tu. Hidup kat dunia ni sekejap aje. Nabi Nuh a.s. mengibaratkan bagai masuk pintu depan keluar pintu belakang. Bila terlalu fikirkan dunia, hati jadi gelap. Bila kita banyak memandang akhirat, hati semakin cerah. Rezeki pula datang mencurah-curah. Akhirat itu ialah berbuat sesuatu pada syarak tidak bercanggah. Itulah akhirat namanya kan.

0 comments:

Post a Comment

Kepada semua pengunjung blog ana, anda boleh tinggalkan link anda dibawah ini supaya ana mudah untuk menjejak kembali ke blog anda...

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...