<< jOm foLLoW Ana >>

Tuesday, December 28, 2010

II:: Mujahadah Itu Pahit Kerana Syurga Itu Manis ::II

TERIMALAH KESUSAHAN YANG SEMENTARA
DEMI KESENANGAN YANG ABADI
DUNIA TEMPAT MENYAMAI, DI AKHIRAT NANTI KITA MENUAI.....

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 Kali ini aku nak terangkan sedikit  mengenai satu perkataan iaitu " JALAN MUJAHADAH ITU INDAH ".....nak terangkan la sikit bahawa jalan menuju ALLAH itu lebih indah dari jalan kemaksiatan dan jalan keseronokan sementara....Jalan menuju ALLAH itu ertinya jalan menuju syurga. Syurga itu tidak ternilai harganya. Perumpamaannya umpama kaca dengan permata. Kaca itu murah dan mudah didapati dimana-mna. Tetapi permata itu mahal, amat sukar untuk mendapatkannya....
Sudah ditakdirkan, jalan menuju ALLAH itu penuh dengan godaan, ujian, dan kesukaran...Tetapi apakah kita sengaja menempah susah ? TIDAK!!Kita hanya rela dan tega menerima kesusahan yang sementara demi kesenangan yang abadi..Lupakah kita hakikat yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w menrusi sabdanya.."Neraka itu dipagari dengan penuh kenikmatan dan keseronokkan, manakala syurga itu dipagari oleh ujiann dan kesukaran."-al hadis.
Namun aku , kamu dan kita tetap manusia biasa. Hati kita goyah jua di jalan mujahadah. Hati pasti merintih pabila pedih.....Jiwa pasti terdera pabila berduka....Namun,kita tidak akan patah di jalan mujahadah. Patah sayap terbang jua kan...Biar jatuh bertongkat dagu, namun mengalah tetap tidak!!
    Mujahadah atau jalan menuju ALLAH berasal daripada pekataan   jihad ertinya berjuang bersungguh-sungguh dengan penuh kegigihan....Di jalan ini, hamba yang inginkan keredhaan ALLAH trpaksa berperang dengan musuh yang aada di dalam diri sendiri- iaitu syaitan dan hawa nafsu...Dan perang dalam diri inilah yang paling hebat an dasyat..
Pendekar yang hebat2 pun tesungkur, bukan oleh tusukan senjata tetapi dengan hanya godaan WANITA..Ramai pula panglima2 yang mundur, bukan kerana amukan musuh tetapi oleh KERLIPAN KUASA DAN HARTA....
Demikianlah kehidupan, tidak ada yang  percuma. Apatah lagi kehidupan di syurga. Justeru, marilah sama-sama kita berpesan agar rela menerima kepahitan yang sedikit dan sementara disini demi menikmati kemanisan yang banyak dan abadi di sana. Alangkah jahilnya kita jika kita rela menanggung seksa yang begitu dasyat dan kekal di akhirat hanya kerana nikmat yang sedikit dan samentaara di dunia.
Sebaliknya, kita bijak kalau terus bermujahadah untuk melakukan perkara2 yaang perlu dilakukan sehinggalah tiba ketikanya kita boleh melakukan apa sahaja perkara yang kita suka lakukannya .Di mana ??? Bila??? Jawabnya, di SYURGA......
Sesungguhnya, jalan mujahadah itu adalah itu adalah jalan KITA... 

0 comments:

Post a Comment

Kepada semua pengunjung blog ana, anda boleh tinggalkan link anda dibawah ini supaya ana mudah untuk menjejak kembali ke blog anda...

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...